Forgiveness.
Friday, 13 September 2013, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di tubir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa

Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi.

Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi.

Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa.


--


Tipu la kalau kata hati tak pernah terluka.

Bila hati terluka, memang susah nak memaafkan si peluka hati tu.

Kan? *angguk-angguk kepala*


Bagi awak, memaafkan orang yang pernah lukakan hati awak, hancurkan hati awak, and so on, mungkin teramat amat berat tahap tera giga. Tapi awak tahu tak? hanya dengan memaafkan kita dapat ubati hati yang terluka. lagi-lagi kalau kita memaafkan dengan ikhlas. kemaafan yang diberi dengan setulus ikhlas hati jiwa raga bakul umpama pisau bedah yang boleh hilangkan segala parut luka emosi.


felamak bermadah pula *sengih*





"Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya." - Anynomous.

Bila hati ni dah dilukai, kesan lukanya susah nak disembuhkan. Kekadang kita sendiri tak tahu kat mana luka yang sebenarnya sebab hati ni organ yang sangat susah untuk dilihat. Andai luarannya yang terluka, so senanglah nak sembuhkan. Hanya dengan menjahitnya semula, dah sembuh. Tapi macam mana kalau luka tu berlaku kat bahagian dalam hati? Kalau luka di luaran, bolehlah operate dadanya. Tapi kalau dalaman, macam mana pula? 


Mungkin hati yang terluka boleh diubati. Tapi kesan parutnya tetap kelihatan. Kalau lukanya besar,  terpaksalah dijahit. Kalau tersilap langkah, jahitan lukanya akan tertetas dan kembali berdarah. Mungkin makin membarah. Sampai bernanah. Haaa tu hiperbola je.


Sesungguhnya, memang senang nak padamkan api yang tengah marak, tapi susah nak redakan api kemarahan dalam diri. So dear, just remember, 



Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.


so meaningful. like seriously.

Bila emosi merajai akal, hati akan sukar dikawal, tingkah laku melangkaui had dan batasan.


La Tahzan.

Innallah Ma'ana.


Labels: , ,


new past