Tiada Sepertimu 2
Tuesday, 20 November 2012, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


             "Budak 3 Alfa, bawak bola ke sini! Cepat!" langkah Iman ke arah stor itu terhenti. Alamak ai! Ni yang aku benci ni! Dah sampai kat stor baru nak panggil aku, dari tadi tak nak panggil pulak. Aishh! Getusnya dalam hati. 

              Namun langkahnya tetap diturutkan menuju ke arah suara itu. Baru sampai satu meter dari suara itu, tiba-tiba Iman dikejutkan dengan balingan berpuluh-puluh biji bola tenis ke arahnya.

            "Ahh!!" Iman menjerit sambil berlari ke kiri ke kanan mengelak daripada terkena bola tenis yang dibaling itu. Ya Allah! Selamatkanlah aku! Agak-agak kalau kena kepala, mau benjol ni! Siapa punya kerjalah ni, jahatnya! Tak fasal-fasal aku dah ada musuh! Ngomelnya perlahan sambil mengangkat tangan melindungi kepalanya. Dia berlari seperti orang gila demi mengelak bola-bola tenis tersebut.

        "Iman! Iman! Ya Allah! Iman!" jerit seorang pelajar perempuan sambil berlari mendapatkan Iman yang sudah tercangkung di tengah-tengah gelanggang itu. Iman yang terdengar namanya dipanggil segera mengangkat wajah melihat empunya suara itu. 

           Wah! Penyelamat! Fathiah! Tolong aku, Thiah! Dia menjerit dalam hati. Matanya bersinar-sinar melihat kawannya yang berlari ke arahnya. Tiba-tiba dia terdengar bermacam-macam suara menjerit ke arahnya dengan muka tegang.

                "...pergi sana! Jangan dok rapat-rapat lagi dengan senior..."
                "...kau sengaja cari nahas kan..."
                "...kau jangan berbual dengan senior lagi..."
                "...gatal! Baru form 3 dah miang! Huh..."

               Hek elleh! Takat berbual aje pun, dah kena serang. Gila! Takkan sebab lelaki pun nak bergaduh kut! Aku bukan buat apa-apa pun. Marahnya perlahan. Hatinya membara tak fasal-fasal. Hesh! Aku debik jugak karang. 

            Iman buat muka meluat habis dengan kakak-kakak senior itu. Aku yang gatal ke diorang yang miang?

           "Iman? Okay tak ni? Ada luka kat mana-mana ke?" tanya Fathiah cemas. Dia mengangkat tangan Iman sambil membelek-belek tangan kawannya itu. Takut kalau-kalau ada luka ke apa.

               "Okay.. aku okay. Jangan risau. Tak ada luka pun. Lebam pun tak ada." jawab Iman sambil tersenyum melihat kawannya itu. Bertuah aku dapat kawan dengan kau, Thiah! Caring betul!

              "Apa nak jadilah diorang ni. Just sebab seorang lelaki yang belum tentu jadi suami pun nak bergaduh apa! Malu betul aku dengan sikap diorang ni semua! Memalukan kaum hawa aje! Huh!" 

                Habislah kalau makcik sorang ni dah mula membebel. Dibagi dengan tazkirah ringkas lagi tu! Siap pakej! Gelaran 'ustazah' sejak zaman sekolah rendah lagi memang sesuai sangat dengan dia ni.

            "Sudah-sudahlah tu Thiah! Aku okaylah. Jangan marah-marah, nanti cepat kedut! Karang lari Syafiq kau pergi Thailand." usik Iman. 

                Apabila melihat muka Fathiah yang merah padam dek marah, terus tawanya pecah. Seronok melihat muka kawannya itu merah akibat diusik sebegitu.

                "Kang ada jugak yang benjol kepala tu kang." ugut Fathiah sambil menjeling ke arah Iman yang masih ketawa itu. Iman ni pun.. macamlah tak tahu aku dengan Syafiq tu. Pantang berjumpa, mesti akan tercetus perang mulut. Macam kucing dengan anjing!

                "Okaylah.. okay. Sorry manjaku baby kiko!" ujar Iman masih dengan sisa tawanya. 

              "Thiah.. Kau pergi dululah. Aku nak kutip bola-bola ni. Kang tak fasal-fasal kena marah pulak dengan cikgu." sambung Iman lagi.

             "Yelah, aku pergi dulu. Jangan lambat sangat tau! Pukul 9 nanti ada class, jangan lupa! Daa! Assalamualaikum." ujar Fathiah sambil mengingatkan Iman tentang class pada pukul 9 pagi nanti.

         "Ai'ai Madam. Tata! Waalaikumusalam." balas Iman sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Fathiah yang sudah mula mengorak langkah pergi dari situ. Fathiah hanya tersenyum menggeleng-gelengkan kepala. Iman.. Iman..


           Earphone di telinga kanannya melagukan Rest in Pieces. Selesai sudah kerja mengutip bola-bola tenis! Iman mengangkat bakul yang berisi bola tenis itu lalu mengatur langkah pergi ke stor. Ni semua kakak-kakak senior tu punya fasal! Lain kali balinglah botol ke plastik ke, ni tak! Dibalingnya jugak bola-bola tenis. Tak fasal-fasal aku kena kerja part time kutip semua bola tenis ni! 

           Yang aku ni pun dah kenapa, buang tabiat apa buat lawak dengan diri sendiri. Sedang dia membebel sendiri, dia ternampak beberapa biji bola tenis tidak jauh dari tempat dia berdiri itu. Haila... Ada bola lagi! Boleh jadi stress aku macam ni.

         Ketika dia terbongkok-bongkok mengutip bola tenis di situ, terdengar derapan kasut seseorang di belakangnya. Lantas, dia berpaling ke belakang dan mendongak sedikit kepalanya untuk melihat gerangannya. 

         Matanya membulat memandang seorang lelaki berdiri hampir seinci dengannya. Dia mengerutkan kening pula. Aishh! Macam pernah nampaklah mamat ni. Tapi siapa ek? Matanya dikecilkan melihat wajah lelaki yang berkaca mata itu.

           Lah! Ni bukan ke Muslim, budak kelas aku ni? Apa pasal dia boleh tersesat berdiri kat sini? Bukan ke sekejap lagi dah nak pukul 9 pagi? Tanyanya di dalam hati sambil menggaru kepala yang terasa gatal. Matanya melirik jam tangan pemberian ayahnya itu. Dah pukul 8 suku dah. 

          Dia kembali memandang lelaki di hadapannya itu. Ehh? Itu bola tenis kan tu? Macam mana boleh ada kat tangan dia pulak? Dia tolong kutipkan untuk aku ke? Macam mana aku nak cakap kat dia ek?

           "Err.. itu bola kelab.." ujar Iman sambil menghulurkan tangannya. Meminta bola tenis itu.

           Muslim tersentak mendengar suara Iman itu. Eh? Ada orang yang kutip rupanya. Dia memandang gadis di hadapannya yang sudah tercangkung itu. Err.. dia minta bola ni ke? Terus sahaja dia menjatuhkan bola tenis itu ke telapak tangan Iman.

             Iman pula yang terkejut melihat reaksi lelaki itu. Mak aii! Gituh aje dia kasi bola kat aku?! Amat tak sopan okay! Rasa macam ringan aje tangan nak baling bola ni kat muka dia. Biar padan dengan muka dia! Huh! Harap muka aje handsome! Ngomelnya dalam hati.

            "Ah! Terima kasih Muslim." kata Iman dalam senyuman. Mukanya dimaniskan buat tatapan lelaki itu. Walaupun dia rasa kurang senang dengan tindakan lelaki itu tetapi dia masih mengawal sabarnya. 

              Dia kembali bangun. Lelaki di hadapannya itu terus berpaling dan beredar pergi dari situ meninggalkan Iman yang terkulat-kulat. Dia ni tak ada perasaan apa? Aku ni macam cakap seorang diri aje dari tadi! Apa-apa jelah, tak kuasa nak layan!


             "Iman! Dah habis kutip bola ke belum? Cepatlah cik kak! Dah pukul lapan dua puluh dah ni. Karang tak sempat pergi class." jerit Fathiah dari jauh sambil menggawang-gawangkan tangannya ke arah Iman yang masih tercegat di situ. Haila.. Iman ni pun. Takkan nak kena sunburn kut dok tercegat kat situ. Langkahnya diaturkan menghampiri Iman yang masih berdiri macam patung itu. 

            Dia terpinga-pinga melihat Iman yang seakan kaku itu. Mak oii! Takkan dah kena sumpah jadi batu kut! Astaghfirullah! Apa yang kau dok merepek ni, Thiah? Katanya dalam hati. Dia berpaling ke kanan melihat apa yang dipandang Iman sejak tadi.

            "Itu Muslim kan? Adik Benz kan?" soalnya kepada Iman ingin meminta kepastian. Eh! Budak ni apa kes pulak dok tenung-tenung anak teruna orang ni. Takkan dia ni...

              "Ohh.. apa dia buat tu?" tanya Iman pula. Matanya masih memandang ke arah Muslim  yang duduk di bangku yang tidak jauh dari mereka berdua.

                .... dah cair dengan Muslim.

              "Dia memang macam tu. Baca buku kat sini sejak awal pagi tadi... Kan ke lagi bagus kalau baca kat kelas? Tak panas ke dia ni baca kat sini?" jawab Fathiah perlahan. Dia turut memandang Muslim di bangku itu. Pelik betullah mamat ni!

             "Ehh! Itu Benz kan tu?!" ujar Fathiah sedikit teruja tatkala matanya terpandang sesusuk tubuh sedang berjalan menghampiri mereka berdua. 

             Iman di sebelahnya itu disiku. Iman tersentak lalu berpaling ke kanannya. Matanya dibulatkan. OMA! Benz lah! Apa dia buat kat sini?

        "Hi Iman!" sapa lelaki itu mesra. Dia tersenyum memandang Iman yang turut memandangnya. Budak ni selalu aje comel!

          "Hai!" balas Iman mesra. Dia menghadiahkan senyuman kepada Benz. Fathiah di sebelahnya turut tersenyum. 

               Dilihatnya lelaki itu masih memakai baju yang sama. Baru balik dari latihan kut! Dia membuat andaian sendiri.

                Fathiah dan Benz rancak berbual. Sesekali Iman mencelah apabila namanya disebut. Tak lama kemudian, Benz meminta diri untuk menukar pakaian. 

              Kedua-dua gadis itu laju berpaling ke hadapan mereka apabila Benz sudah pergi dari situ. Mereka kembali melihat Muslim yang masih khusyuk membaca buku. Ulat buku betul.

           "Adik-beradik ni memang jauh berbeza." ujar Fathiah perlahan. Iman hanya mengangguk kecil mendengar bicara kawannya itu. Dalam hati, dia turut mengiakan. Macam langit dengan kerak bumi! Muslim...


Labels:


new past