بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
pedih rasanya tatkala cintanya ditolak untuk yang ke sekian kalinya. walaupun ditolak dengan cara yang lembut, namun hatinya seperti disiat-siat kerana pilu apabila pujaan hatinya tidak dapat menyambut huluran kasih yang tulus darinya. begitu mudah lelaki itu menolak cintanya atas kerana seorang perempuan, perempuan yang selalu dipuja lelaki itu.
perempuan itu telah berjaya menakluki hati lelaki itu. dia pula seakan tiada semangat untuk bangkit semula. dia tidak mampu untuk melepaskan pujaan hatinya itu tetapi apakan daya, lelaki itu lebih mengharapkan kasih dari perempuan itu. luka hatinya. walaupun lelaki itu tidak pernah menyambut huluran kasih darinya sebelum ini, tetapi dia masih kuat berusaha untuk menakluki hati yang satu itu.
tetapi tidak untuk kali ini. hatinya cukup sakit dan tidak berdaya untuk bangkit berusaha semula. dia sudah tidak seperti dirinya yang dulu. dulu dia tidak akan berputus asa untuk memenangi hati lelaki itu walaupun cintanya sudah berkali-kali ditolak. sekarang, dia sudah lelah. lelah untuk berusaha membuka hati lelaki itu agar menerima cintanya. pasrah. itu tekadnya.
mungkin lelaki itu memang bukan ditakdirkan untuknya dan dia perlu redha. redha akan pemergian lelaki itu. mungkin lelaki itu akan lebih bahagia bersama si idaman hati. mungkin dia akan bahagia jikalau lelaki itu pun turut bahagia. walapun dalam masa yang sama, hatinya meraung kesakitan. bagai ditusuk-tusuk. perit. tetapi dia tahu, Allah akan sentiasa berada di sisinya tatkala dia sedih keseorangan tiada berteman.
dia tekad, sedaya upaya dia akan melupakan lelaki itu. menghilangkan nama lelaki yang sudah tersemat indah di dalam hatinya sejak dulu lagi. dia perlu berbuat begitu untuk kebaikan dirinya dan juga lelaki itu. biar dia tidak lagi menahan perit di dada tatkala matanya melihat lelaki itu bersama idaman hati. biar hati lelaki itu tidak lagi diserang perasaan bersalah terhadap dirinya.
tetapi apakan daya, dia tidak mampu untuk melupakan segalanya tentang lelaki itu kerana lelaki itu sering muncul di penglihatannya. dia seakan terseksa tiapkali pergi ke sekolah. melihat lelaki itu di sekolah, bagaimana dia mahu melupakan insan itu? dia terseksa dengan janjinya kepada lelaki itu, untuk melupakan insan yang amat disayangi. dia sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian.
"nizam..." tanpa dia sedari nama itu meniti di bibirnya. sayup-sayup kedengaran suaranya menyeru nama itu. kesedihan yang telah lama disimpan dan dipendam di dalam hati tidak dapat dibendung lagi. matanya terasa panas.
tak semena-mena mutiara-mutirara jernih berguguran mengalir membasahi pipinya yang mulus itu. terdengar esakkan kecil keluar dari bibir itu. sebak. terkumat-kamit bibirnya mengucap untuk menenangkan hati yang lara sambil meraup wajahnya berkali-kali. kenapa dia perlu jadi sebegini rupa? ya Allah, tolonglah tenangkan jiwaku.
betapa beruntungnya perempuan yang menjadi pujaan hati lelaki itu kerana begitu mudah sekali dia membuat hati lelaki itu tertarik dengannya. dia mengaku, perempuan itu memiliki kecantikan yang berganda berbanding dengannya tetapi dia sangat bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang sentiasa memahami dirinya.
begitu payah untuk dia melupakan insan yang sudah bertakhta di hatinya tetapi dia bertekad untuk melupakannya. mahu sahaja dia pergi merayu kepada lelaki itu untuk menerima cintanya yang tak seberapa itu. tetapi, cinta memang tidak boleh dipaksa. retak hatinya. mutiara-mutiara jernih semakin laju mengalir jatuh menitis ke atas bantal yang dipeluknya dengan erat sekali.
dia bersandar di birai katil sambil menangis keseorangan di dalam bilik yang sunyi sepi tidak bertemankan bunyi-bunyi cengkerik di luar rumah itu. adakah itu namanya cinta pertama? kenapa begitu sukar untuk dia melepaskan lelaki itu pergi.
tetapi hatinyanya tetap bertegas mengatakan bahawa itu hanyalah sekadar cinta monyet yang tiada kesudahan. Hancur hatinya dan airmatanya tak henti-henti meniris pipi dan sebak menghunjam dadanya yang terhinggut-hinggut menahan tangis.
dalam diam dia berdoa semoga dia diberikan ketabahan dalam mengharungi cabaran di usia remajanya ini. rasa sedih dan sebak datang silih berganti tatkala kenangan lalu bagai diulang tayang di layar fikirannya.
tak semena-mena dia terlena di birai katil bertemankan sedikit cahaya dari ruang tamu yang menerjah masuk ke biliknya itu. dalam keadaan samar-samar, kelihatan dadanya yang turun naik menandakan dia begitu lena sekali tidur tanpa diganggu sebarang mimpi.
-TAMAT-
p to the s : hehehe serius cerita ni memang pendek serupa ringkasan. AMT ni ditulis hanya untuk suka-suka je ngeh ngeh ngeh :)

