Tiada Sepertimu 1
Saturday, 17 November 2012, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

     
          "Hiyaaak!" kedengaran suara Iman bersemangat sekali memukul bola tenis. Manik-manik peluh mula menitik di dahinya. Inilah rutin harian Iman sebagai pelajar tingkatan 3 sejak dia mewakili sekolahnya dalam permainan bola tenis. Setiap pagi dia akan pergi ke gelanggang tenis di sekolahnya seawal jam enam setengah pagi untuk berlatih bermain tenis.

        "Haa! Rasanya gerakan aku dah bertambah baik!" bicaranya sendiri sambil tersenyum puas. Dia menuju ke bangku yang menempatkan barang-barangnya sambil mengelap peluh-peluh yang menitik dengan sapu tangan yang dibawa bersama. Dia hanya mengenakan seluar track hitam dan T-shirt hijau yang berlengan panjang. Kelihatan ringkas tetapi lebih manis apabila dia memakai selendang hitam bercorak bunga yang berwarna hijau. 

          Di gelanggang itu masih kelihatan seperti tadi. Sunyi sepi. Hanya dia seorang sahaja yang berada di gelanggang itu. Pelajar-pelajar lain mungkin belum datang ke sekolah lagi. Hatinya berkata. Dia mengeluarkan botol mineral di dalam beg sandangnya itu sebelum meneguk perlahan. Times Like This - Foo Fighter berlagu dari MP3 di telinga kanan.

       "Hai Iman! Morning! Rajin betul awak ni. Selalu datang awal." Tegur seorang pelajar perempuan tahun dua sambil melangkah masuk ke dalam gelanggang bersama rakannya. 

         Iman yang terasa seperti ada orang memanggil namanya berpaling ke kiri. Pelajar itu melemparkan senyuman ke arah Iman yang masih duduk di bangku itu. Kelihatan sudah ramai pelajar yang berada di gelanggang itu.

        "Ah! Hai! Morning, senior." ujarnya ceria sambil membalas senyuman manis itu. Mata melirik ke momentum Altas Black Cordura di pergelangan tangan. Dah pukul tujuh setengah pagi dah. Dia segera menuju ke gelanggang semula untuk mengutip bola-bola yang sudah digunakannya semasa latihan tadi. Lebih baik aku kutip semua bola ni cepat. Kang tak fasal-fasal kena sound dengan kakak-kakak senior yang nak main bola tenis ni nanti. Setelah mengutip kesemua bola di situ, langkahnya diaturkan ke arah stor penyimpanan alatan sukan. 


          Ketika melewati di gelanggang tenis untuk pelajar lelaki, Iman terpanar seketika melihat Benz yang lincah bermain tenis. Gelanggang pelajar lelaki itu sudah penuh sejak pagi tadi lagi. Lelaki itu tampak santai dengan seluar pendek Adidas dan T-shirt biru muda. Ramai pelajar perempuan yang berkumpul di situ memuji-muji kelincahan senior itu bermain tenis.

          "..hebat gila senior tu main tenis..."
          "..waaa! cair siot tengok dia main..."
          "..pehh! saling tak tumpah macam Maria Sharapova..."

      Iman hanya mendengar pujian-pujian dari pelajar perempuan di situ. Matanya masih terpaku pada senior tahun dua yang diminati ramai pelajar perempuan di sekolah itu dan tidak terkecuali dirinya sendiri. Benz Alif Hafez... Memang hebat. Aku pun kena berusaha lebih kuat! Boleh jadi terror macam dia. Senior memang...

       "Ah!" tiba-tiba kedengaran perlahan suara Benz tatkala bola tenisnya itu jatuh dek tidak sempat dipukul.

         "Sikit je lagi..." katanya lagi.

        "Tak apa Benz! It's okay. Keep it up! Aja Aja Fighting!" orang ramai yang melihat hanya tersenyum ke arah lelaki itu. Mereka tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepadanya.

          ...hebat. Tanpa Iman sedari, bola tenis milik Benz bergolek-golek ke arahnya yang masih setia berdiri di situ. Dia bagaikan sudah berada di dunianya sendiri.

         "Sorry.. boleh tolong ambilkan bola saya tu.." Benz menegur Iman yang masih setia berdiri di situ. 

         Tetapi tegurannya itu seperti tidak didengari oleh Iman. Aik! Tak dengar ke budak ni? Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kemudian, dia melangkah lagi ke arah Iman yang masih senyap. Kini dia berada betul-betul di hadapan Iman. 

       Terkesima dia melihat wajah gadis itu. Comelnya budak ni! Manis! Pujinya dalam hati. Entah kenapa, tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang aneh di dalam hatinya.

        "Err.. Dik. Dik ohh dik.." Benz bersuara sambil menggawang-gawang tangannya di hadapan wajah gadis baju hijau itu. Desas-desus nafas yang terasa di dahi membuatkan Iman kembali ke dunia realiti. 

      Dia terkejut bukan kepalang melihat seorang lelaki yang berdiri begitu hampir di hadapannya sehingga membuatkan dia berundur sedikit ke belakang. Dan yang membuatkan dia bertambah terkejut adalah apabila melihat lelaki di hadapannya itu. Benz....

            "Err.. bola.." ujar lelaki itu sambil matanya melirik ke arah bola yang berada di sebelah kasut Iman. Matanya masih memandang ke arah wajah gadis itu. Iman mengalih pandangan ke arah yang dimaksudkan lelaki itu.

         "Ah? Ohh! Haa.. Iya. Bola." Tergagap-gagap dia bersuara sambil menundukkan badannya. Dengan pantas, tangannya mengambil bola tenis itu. Benz tersenyum melihat gelagat gadis di hadapannya itu. Kalut! Tapi comel! Interesting...

      "Nah, bola!" ujar Iman setelah kembali berdiri sambil menghulurkan bola itu ke arah tuannya. Tak semena-mena pipinya berona merah melihat lelaki itu tersenyum ke arahnya. Ahh! Apa pasallah aku boleh kalut semacam ni. Hadoyai! Buat malu aje! Yang senior ni pun satu. Apa kes tersenyum-senyum tengok aku? Buat aku cair aje! Getusnya dalam hati.

          "Thanks." ujarnya kembali. Matanya masih lagi memandang wajah gadis itu, seakan-akan terpukau melihat wajah comel itu. Muka Iman sudah merah padam tatkala melihat mata lelaki itu tidak lepas-lepas dari merenungnya. Dia jadi tidak selesa dengan pandangan mata itu. Ya Allah! Tolonglah hambamu yang lemah ini.

          "Err.. Senior memang terror! Keep it up!" kata Iman dengan bersemangat. Dia tersenyum ke arah lelaki di depannya. Kacak tahap tera giga betul mamat ni! Cair siot aku! Belum sempat Benz membuka mulut bersuara, terdengar satu suara memanggil nama Iman.


        "Iman!" Pateh Karma Wijaya manalah pulak yang kacau ni. Aku baru aje nak berbual dengan abang senior ni. Kacau betullah! 

          Iman berpaling ke belakang melihat 'langau' yang mengacaunya itu. Siapa pulak ni? Matanya mengecil sedikit demi melihat susuk tubuh yang tinggi tidak jauh daripadanya. 

      Kemudian, Iman menjulingkan matanya ke langit. Aisehhman! Batman! Ultraman! Spiderman! Trollman! Incoming. Bala...

      Afiq melangkah gagah ke arah Iman dengan senyum ala-ala konon tujuh juta mengawattnya. Benz mengerutkan dahinya dengan pandangan melepasi bahu Iman. Siapa tu? Boyfriend dia ek? Benz tertanya-tanya dalam hati. Iman dah menjulingkan mata ke langit. Malapetaka dah tiba. Tiga... dua... satu...

            "Hi, Iman." Suara lelaki itu berbunga ceria.

           "Hi, Fiq." Iman sekadar senyum terpaksa. Versi gula setengah sudu bercampur dengan cuka getah.

        "Iman, are you free? Petang ni?" tanya Afiq. Matanya terhenti pada Benz yang masih berdiri di sebelah Iman. Ni bukan ke Benz, senior wakil sekolah dalam bola tenis? Pesal pulak dia boleh tersesat sampai ke sini? Dengan Iman? Diorang ni ada apa-apa ke? Tiba-tiba hatinya dipagut rasa cemburu melihat lelaki itu berdiri begitu dekat dengan Iman.

         "Tak." Tanpa perasaan dia membalas. Dia sudah berkira-kira mahu melangkah pergi. Tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala terdengar suara Benz memanggilnya. Ehh! Macam mana pulak dia boleh tahu nama aku ni? Ohh.. Mungkin dia dengar si Afiq ni tadi panggil nama aku kut! Dia kembali berpaling ke arah Benz. Apa kes panggil aku ni? Keningnya diangkat menanti Benz bersuara.

          "Err.. Iman pun kena  berusaha jugak tau!" ujar Benz. Dia tersenyum ke arah Iman yang memandangnya itu. Iman terpanar melihat senyuman itu. Ahh! Handsome gila bila dia senyum! Hesh! Jantung aku ni pun la... tak payahlah nak buat kerja part time segala.

          "Ahh. Oh, iye. Okay, thanks." balas Iman sambil memaniskan muka ke arah Benz. Tidak lama Benz pergi, langkahnya dipecut terus dengan gear lima. Meninggalkan terus Afiq di belakang. Makan debu la, bro. Tak faham bahasa ke orang malas nak layan? Fail pemahaman betul la mamat ni...

           Renungan tajam sepasang mata membuatkan Iman menghentikan langkahnya.

         "Apa hal pandang-pandang? Tak pernah tengok perempuan ke? Gila!" marah Iman kepada mamat tiga suku yang masih lagi setia berdiri di situ. Sepasang mata lelaki itu begitu galak merenung Iman tidak berkelip. 

      Kata-kata Iman yang penuh dengan amarah itu tidak dibalas malah dia mengukirkan senyuman kepada Iman. Ahh! Comelnya Iman bila dia marah. Pujiya di dalam hati. 

        Ahh!! Jerit Iman dalam hati. Bingung betul Iman melihat lelaki itu. Aku marah pun boleh senyum-senyum lagi. Dah memang sahih yang dia ni mamat tiga suku. Senyum tak bertempat.

      "Sewel," kata Iman lantas melangkah pergi ke arah stor. Tanpa dia sedari, ada lagi sepasang mata yang tidak jemu memandangnya dari tadi. Pandangan penuh makna. Pandangan mata Benz...


p to the s : acahne? okay tak? muehehe.

Labels:


new past