Tiada Sepertimu 3
Wednesday, 21 November 2012, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

     
          "Muslim.. dia pelajar tahun satu di kelas aku. Kewujudannya tidak disedari dan dia sendiri suka menyepi, tak pernah pedulikan hal orang lain. Hmm, itu apa yang orang lain kata. Tapi aku tak rasa aku patut percaya semua khabar angin tu...

         "Sesiapa yang bertugas hari ini, jangan lupa ambil nota kelas!" kata-kata seorang guru lelaki separuh abad itu menyentak lamunan Iman.

        "Ahh.. Iya!" terkulat-kulat Iman menjawab. Dia segera bangun menuju ke pejabat untuk mengambil nota kelas. Dia berjalan beriringan dengan Muslim. Hari ni aku dengan dia bertugas bersama-sama..... Rasa janggal gila!

            "Err.. Minggu depan kita dah tak ada exam dah kan." ujar Iman sambil tersenyum manis ke arah lelaki di sebelahnya itu. Try berboraklah. Mana tahu dapat kenal dia lebih lanjut.

            Muslim terkedu melihat senyuman gadis di sebelahnya itu. Dia tidak memberi reaksi apa pun. Diam. Iman, comel. Pujinya dalam diam. Dia masih berlagak selamba walaupun jantungnya sudah memainkan pelbagai rentak.

             "Err.. Semester ni susah betul kan, banyak sangat exam!" kata Iman lagi apabila lelaki di sebelahnya itu hanya mendiamkan diri. Dia sudah tersenyum kelat. Mamat ni pekak ke bisu? Janganlah buat aku macam orang gila kat sini. Desis hatinya.

             "Awak ada tak subjek yang awak tak suka?" tanya Iman lagi.

              Sepi.

             "Uhh.. Awak dengar tak?" Akhirnya terluah juga isi hatinya itu. Walaupun perlahan tetapi cukup kuat untuk Muslim mendengarnya. Iman melihat kepala lelaki itu mengangguk sedikit. Reti pulak angguk kepala. Maknanya tak pekaklah tu. Takkan bisu...

             "Maaf mengganggu.." ujar lelaki itu perlahan. Baru sahaja Iman mahu membuka mulut membalas, lelaki itu sudah melangkah mendahuluinya. Terkulat-kulat Iman memandang. Tak pekak, bisu pun tak. Dah tu, apa kes senyap aje dari tadi? Dia ni ada perasaan ke tak? Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu lantas dia bersuara.

             "Saya selalu tengok awak baca buku di taman sekolah. Awak baca apa ek? Novel ke?" tanya Iman sedikit perlahan. Mencuba lagi untuk berbual. 

              Dia melihat lelaki di hadapannya itu berhenti. Wah! Ada reaksi! Agak-agak dia jawab tak? Soal Iman dalam hati. Teruja betul melihat reaksi lelaki itu. Lelaki itu berpaling menghadapnya dan menghadiahkan....

             "Err.. Awak baca apa? Novel ke?" soal Iman lagi sambil tersenyum simpul. 

             Renungan tajam lelaki itu membuatkan dia sedikit kecut. Dup.. dap.. dupp.. dapp.. Jantung sudah memainkan rentak. Kenapa aku rasa semacam berdebar pulak ni? Kena heart attack ke? Astaghfirullah.. Merepek apa kau ni Iman! Dia beristighfar dalam hati. 

              Setelah agak lama mereka begitu, lelaki itu terus melangkah pergi. Dan jawapannya itu hanyalah renungan tajam... Hingga ke akhirnya, satu patah perkataan pun dia tak cakap...

            
              Di koridor tingkat dua, Iman memerhatikan Muslim yang duduk di bangku berdekatan sambil leka membaca buku. Khusyuk gila! Agak-agak kalau baling bom sebelah dia, mahu dia kena heart attack ni. Tak fasal-fasal masuk ICU.

              "Dia baca buku lagi... Kera sumbang betul! Seronok sangat ke duduk seorang diri?" soalnya sendiri. Aku tak sangka dia betul-betul sama macam yang selalu orang sekeliling perkatakan. Katanya dalam hati. 

              Matanya masih ralit memerhatikan gerak-geri lelaki itu. Tanpa dia sedari, satu susuk tubuh berdiri berhampiran dengannya itu.

              "Iman." sapa lelaki itu dalam senyuman. Iman yang tersentak terus berpaling ke belakang. Ternganga Iman memandang lelaki di belakangnya itu. Apa dia buat kat sini? Dia nampak ke aku tengah skodeng adik dia? Iman jadi kalut.

              "Ohh. Senior!" jawab Iman kembali. Dia sudah tersengih menayangkan giginya yang putih.

              "Kebetulan ya." ujar lelaki itu lagi. Matanya masih memandang wajah Iman. Iman merenung wajah senior itu. Mereka dua-beradik memang jauh berbeza...

              "Senior sangat friendly.." tanpa sedar, dia memuji lelaki itu. Dia bagaikan berada di dunia lain. Seakan-akan tidak menyedari lelaki di hadapannya itu.

               "Apa dia?" soal Benz buat-buat tidak dengar. Dia tengah cakap pasal aku ke? Tak semana-mena muka sedikit berona merah.

               Pertanyaan itu menerjah masuk ke gegendang telinganya membuatkan Iman tersedar dari lamunannya. Allah! Aku terlepas cakap ke? Dia dengar? Hadoyai! Iman menjadi tidak keruan. Mukanya sudah memerah. Blushing!

               "Ahh. Ehh, kenapa senior bawak raket sekali?" Iman cuba menukar topik. Mata Iman memandang lelaki yang kacak berkemeja sekolah itu.

               "Oh.. Walaupun tengah musim peperiksaan, saya nak teruskan jugak practise!" jawabnya sedikit bersemangat. Dia tersenyum memandang Iman. Gadis itu bertambah comel bila mengenakan uniform sekolah. Mata dia bulat macam babydoll.

               "Tak apa ke tak buat revision? Baik-baik. Nanti dapat markah rendah.." ujar Iman sengaja ingin menakut-nakutkan seniornya itu.

                "Hei! Saya dah buat revisionlah." balas Benz sambil tersengih memandang Iman.

                "Ehh?!" jatuh rahang Iman memandang senior itu. Wah! Dahsyat tu. Benz tergelak kecil melihat Iman yang sudah ternganga itu. Mungkin tidak percaya akan kata-katanya. Sejurus itu, muka Iman menjadi merah menahan malu di hati.

               "Iman, nampaknya awak yang belum habis ulang kaji. Berusahalah!" tersenyum Benz menuturkan. Iman masih tercengang. Senior memang sempurna serba-serbi. Jelesnya!

Labels:


new past