Thunder.
Monday, 3 June 2013, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Kejadian alam sekitar yang paling saya takut ialah PETIR, GURUH, KILAT dan yang seangkatan dengannya. (okay sebenarnya Petir tu Guruh. Halilintar tu Kilat. Boleh google sendiri kalau nak kepastian)

Yea saya tahu bila petir dan bunyi guruh tu sebenarnya sedang bertasbih memujiNya. Begitu juga dengan saya, bertasbih, bertahmid dan beristighfar ketika kejadian petir sebab terlalu takut.


Kita melihat di dalam sirah sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir. Ketakutan ini bukannya tidak berasas okay !


Firman Allah : 



Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. 


[Ar Ra’ad :12-13]

Daripada ayat Al Quran ni (rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu’ 13), kita dapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama.



Cantik, kan?

Ingat lagi masa malam kat rumah dalam bilik. Tempat tidur saya memang betul-betul tepi tingkap. Malam tu hujan lebat dan kilat berserta guruh sangat kuat lagi sabung menyabung. Saya rasa agak tergugat duduk tepi tingkap ni. Parents saya dah lena dalam tidur agaknya dan saya fikir apakah mereka ni terlalu lena sampai tak dengar bunyi petir super kuat? 


Si penakut petir ni pun sangat panik dan gelabah kalau berseorangan menikmati bunyi guruh lalu mahu mengejutkan si pentidur tegar yang lena ni.  Tapi tak jadi kejut, tak nak ganggu lena parents. Solehah sungguh.


Jadi saya masuk semula dalam bilik. Entah dari mana dapat keberanian untuk hadapi bunyi guruh yang menggerunkan. Kalau tidak pasti si penakut ni menyorok di penjuru bilik kayak anak kecil ketakutan.


Kilat ni sebenarnya panahan terhadap syaitan dan jin yang cuba untuk mencuri dengar takdir Allah SWT.


Dikisahkan bahawa, sebelum kerasulan Nabi SAW, syaitan bebas mencuri dengar segala berita di langit, namun semuanya terhalang setelah Nabi diangkat menjadi Rasul. Lantas Iblis mengarahkan tenteranya mencari sebab kenapa mereka terhalang. Akhirnya mereka mendapati puncanya adalah kerana Rasul akhir zaman telah dibangkitkan.


Jika dahulu mereka bebas mencuri maklumat di langit, sekarang ini mereka pasti berdepan dengan lontaran panahan api yang sentiasa mengekori. Panahan itulah yang kita lihat sebagai kilat.


Semuanya ini dapat kita maklumi menerusi firman Allah dalam surah al-Jinn.


Kalau petir kat luar rumah tu si penakut ni nak duduk dalam rumah je kunci pintu ketat-ketat, tutup semua suis takut litar pintas, tutup langsir dan berselimut satu badan. Duduk diam-diam berzikir aja yea si penakut. Yang penting jangan kacau orang lain terutama yang sedang tidur lena. Hha.




Guruh menurut sabda Nabi saw :


الرعد ملك من الملائكة موكل بالسحاب بيده أو في يده مخراق من نار يزجر به السحاب والصوت الذي يسمع منه زجره السحاب إذا زجره حتى ينتهي إلى حيث أمره

Maksudnya : Guruh itu merupakan golongan malaikat yang diwakilkan untuk mengawal awan, ditangannya ada penukul dari api yang digunakan untuk mengarah/mengekang awan. Suara yang didengari itu merupakan arahannya sehinggalah awan berada ditempat yang diarahkan.

Imam al-Qurtubi ada nukilkan dalam kitab beliau al-Jami' li Ahkamil Quran, ketika beliau membicarakan tentang tafsir surah Saba ayat 23:



"Apabila Allah SWT memutuskan sesuatu maka para malaikat tunduk hormat kegerunan sambil melebarkan sayapnya, suara yang didengari merupakan geseran antara sayap-sayap malaikat."

Ni bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (hadis no. 4800) dan Tirmizi (hadis no.3233) dalam sunan beliau.



Moral Story : Jangan sesekali pilih tempat tidur kat tepi tingkap. Selain dapat hirup udara yang dah tercemar, kejadian petir, guruh dah kilat juga dapat dinikmati.


ps : Tahu tak? Dalam setiap minit, ada 1000 ribut petir yang terjadi di seluruh dunia dan menyebabkan terbentuk 6000 pancaran kilat. Tak tahu, kan? :p

.

Labels: ,


new past