Fate.
Saturday, 1 June 2013, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Its simply like this. Meaning there are nothing in this world happened coincidently. Everythings happened for reasons. Dalam Islam tiada istilah kebetulan.

Walhal kalau kita tengah jalan-jalan tetiba kita tersepak batu. Hanya tersepak batu, tiada apa yang berlaku. Tapi hanya dengan tersepak batu itu tersembunyi satu hikmah yang menjadi rahsia Allah.

Hidup kita ni sememangnya dah ditentukan sejak azali lagi. Dah tertulis dalam takdir jalan yang akan kita lalui sepanjang hidup.

Kita selalu cuma  menurut kata takdir. Kita semat dalam minda, hidup kita sudah ditentukan Allah. Kita tak mampu ubahnya sebab kita tak berkuasa. Benar, yang berkuasa hanya Allah.

Hanya Allah yang mampu mengubah segalanya. Sebab tu kita perlu berdoa. Berdoa kepada Allah untuk jadikan kita lebih baik. Dengan doa, banyak perkara yang boleh berubah. Itulah kelebihan DOA.


Takdir ni sebanarnya ada dua. Takdir mubram. Takdir mu'allaq.

Takdir mubram ni qadha dan qadar yang tak dapat dielakkan. Pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tak ada kesempatan atau tak ada ikhtiar atau pilihan untuk memilihnya. Contohnya macam hari kiamat dan juga apabila seseorang meninggal dunia.

Sebagaimana firman Allah swt :  

'Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya' 


[al-Araf: 34]

Takdir mubram ni ada pada sunatullah yang ada kat alam ni. Sebab tu sunnatullah tersebut jugak terbahagi dua, hukum-hukum kemasyarakatan dan hukum alam. Dalam al-Quran surat al- Fushilat ayat 11 dinyatakan bahawa sekali-kali takkan pernah terjadi perubahan pada sunnatullah.

 Takdir mubram tak dapat dielakkan.

Takdir mu'allaq pulak qadha dan qadar yang bergantung pada ikhtiar dan usaha seseorang mengikut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir ni, manusia berdoa, wajib berikhtiar atau berusaha ikut kemampuan demi mengubah keadaan menjadi lebih baik buat dirinya. Tentu sahaja soal berhasil atau tidak usahanya bergantung kepada Allah swt.

Okayy. Jangan salah faham dengan takdir mu'allaq tu. Doa aja tak akan mendatangkan kesan. Pernah dengar makna DUIT? ehem, bukan duit wang tu okay. DUIT sebenarnya ada makna yang lebih dalam.

'D' = DOA        'U' = USAHA     'I' = IKHTIAR     'T' = TAWAKAL

Selain berdoa, kita kena usaha dan cari ikhtiar. Allah swt menjelaskan dalam firman-Nya :

'Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu mengubah keadaan (nasib) mereka sendiri.'  
[Ar-Rad : 11]

Dalam konteks usaha dan ikhtiar, sebagai hamba kita kena gunakan akal yang dikurniakan khas untuk kita sebagai manusia.

Contohnya, bila kita lapar perlu ke kita tunggu orang lain untuk suapkan kita makanan yang ada di depan mata sedangkan kita sendiri cukup anggota tangan.

Begitu dengan Tuhan. Allah dah anugerahkan kita segala kudrat. Dengan kudrat serta akal, Allah suruh kita usaha dapatkan apa yang kita minta (melalui doa) sebab Allah dah pun bagikan permintaan kita itu (InshaAllah).

Tapi. Okay ada tapinya.  Tak semua yang kita doakan tu akan Allah berikan. Kat sini la tawakal berperanan.

Tahu tak apa tu tawakal? Terima dengan redha segala yang telah Allah kurniakan. Tawakal. Yakini hikmah di sebalik semua yang terjadi. Ada sebab kenapa Allah tak memakbulkan doa kita.

Sebab yang tentunya untuk kebaikan kita. Dengan tawakal jugak, kita takkan rasa terlalu kecewa bila Allah tak kabulkan doa kita sebab kita dah yakin hikmah di sebalik semuanya.


Okay. Tahu apa kaitannya DUIT dengan takdir mu'allaq ni?

Okayy saya bagi satu contoh. Satu cerita.

Ada sorang gadis terjumpa duit sebanyak 300 ringgit. Masa dia terjumpa duit tu, tak ada sesiapa bersamanya. Dah tentu, kalau dia ambil duit tu tak ada sesiapa pun tahu, kan?

Dia pun fikir, sama ada nak ambil duit tu ataupun biarkan aja. Actually, kat sini gadis tu ada banyak pilihan. Melalui pilihan yang dia pilih itu la yang akan tentukan takdir dia.

Satu perkara yang kita kena tahu, takdir mu'allaqq lebih dulu ditulis sebelum takdir mubram. Kalau gadis tu pilih untuk ambil duit itu, maka takdir mubram akan tertulis gadis itu sebagai pencuri.

Takdir mubram tak dapat diubah lagi kerana gadis itu dah ambil duit yang bukan miliknya. Maka, atas kesalahan mencuri itu la dia akan dihukum.

Tapi atas dasar cinta dan kasih Allah, dia tak terus dihukum malah diberikan kesempatan untuk menginsafi perbuatan dia.

Kat sini doa pun mainkan peranan. Dalam kekeliruan, dia berdoa. Memohon kepada Allah untuk ditunjukkan kepadanya hidayah.

Dengan izin Allah, dia dapat ilham untuk pulangkan balik duit 300 ringgit itu ke balai polis.

I ♥ Hlovate much. hihii

The point is there's no Fortuity in Islam but Fate. Takdir. And takdir tu ada jugak yang boleh diubah dengan 'DUIT ♥ 

Labels: ,


new past