Pain.
Wednesday, 29 May 2013, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Saya yakin semua orang pasti pernah melalui fasa kesusahan. Yea, hidup memang umpama roller coaster. Kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Dan sekarang saya dapat rasakannya. Saya tau memang sakit dan sebaik-baik tempat kita mengadu hanyalah pada Dia. Allah swt. Di saat saya perlukan seseorang di sisi, tiada sesiapa. Semua bagaikan hilang. Lesap entah kemana pergi tanpa meninggalkan jejak. Saya cuma perlukan seorang sahabat yang dapat menjadi telinga, setia mendengar kisah saya. Seorang saja.

Saya bukan mahu menuduh. But it's fact. What I need is words. Kata-kata sokongan yang boleh membangun. Bukan sindiran terus menerus yang boleh 'menghancurkan' dan 'membunuh' perasaan saya. I don't know. Saya tahu kawan, teman, sahabat saya semua memiliki ilmu yang tinggi melangit, akhlak yang sempurna. Tapi masih samar-samar.

Ya Rabb, sekarang baru saya dapat menilai mana permata dan mana kaca. Mana sahabat mana lawan. Yang dulunya pernah meluahkan segala apa yang dirasanya pada saya. Saya setia jadi telinga padanya, tapi di kala saya rapuh, di saat saya perlukan sokongan, semua hilang. Lesap.

Kecewa. Frustrated.

Saya bukan minta balasan. No. Tapi ini ke yang dipanggil 'sahabat fillah'? Tell me.



Saya teringat satu kisah.

Ditanya seorang cendikiawan sambil mendongak memandang keindahan awan. Bukti kekuasaanNya.

"Mengapa langit itu bersih?"

Beliau hanya tersenyum. Matanya masih menghayati kebesaranNya. Lama kemudian baru soalan itu dijawab.

"Kerana manusia tidak tinggal di sana."

Murahnya air mata saya waktu menghadapinya. Saat saya berbicara benar, dia hanya memberi saya sindiran.

Saya memohon semoga saya sentiasa ditiupkan kekuatan untuk hadapinya. Saya yakin. Selepas ini, 'engkau' akan lebih bahagia tanpa aku di sisi. Aku sentiasa doakan kejayaan kau dunia akhirat. Harap kau tak terleka. Terima kasih atas segalanya sahabat. Aku bertuah ada sahabat seperti kamu. Alhamdulillah. Jalanmu sentiasa diiringi doa daripadaku.


Labels: ,


new past