Realiti dan Alam Maya
Monday, 29 April 2013, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Texting tanpa urusan.
Bertweet tanpa urusan.
Call tanpa urusan.
Dating tanpa mahram.
Chatting tanpa urusan.
Dan bermacam-macam lagi 
bentuk fitnah komunikasi.

Kat luar tak pernah pun "Hi! Hi!" "Bye! Bye!". Pandang pun tak. Tapi kat dalam Twitter, weChat, whatsapp, kencang! ughh, terasa berdosa dengan diri sendiri. Bersalah dengan diri sendiri. hipokrit? sebab tu la orang kata yang dekat alam maya ni, ramai yang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri.


Ada yang dekat dunia sebenar sangat pemalu tapi bila dah masuk ke alam maya, sangat-sangat outspoken. Semua benda nak dikongsikan dengan orang lain. Contohnya :



" Hang tau dok? Semalam kan time tengah gogheng ikan kekek mak iloi-iloi ikan gelama mak ilai-ilai, dia text~! Syok punya syok texting, cheq bau hangit kat dapuq. ghupe-ghupenyer ikan cheq dah hangos dah sobss sobss.."

Ada jugak yang dekat dunia sebenar lagi realiti, tak bercakap sangat pun dengan kawan berlainan gender tapi bila dah masuk ke alam maya, kencang tak hingat  chatting dengan kawan yang berlainan gender.





Okay.

Ni cuma sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban. Sungguh la, di antara kita tak akan terlepas dari masalah dalam tang menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan (termasuk diri yang menaip ni). Di luar punyalah tsiqah, angkat muka pun tak mahu dekat depan kawan-kawan berlainan gender. Malu katanya. Tapi dekat alam maya tak sanggup pula saya nak taip kat sini. Tersangat malu. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Dia. Sebab masih tak pandai jaga maruah sendiri.



"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat. Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan."

Jadi katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya! Walaupun kesannya sukar untuk dilihat dengan mata kasar, tapi ia mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada hati dan adab bersosial dalam kehidupan seharian. Jaga hati, jaga akhlak, adab pergaulan, jaga ibadah, jaga iman, ketaqwaan kepada Allah yang perlu diburu.




Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. 

Amiin. *senyum*


Labels: , ,


new past