♥ Jewellery.
Sunday, 31 March 2013, ϟ
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seseorang Mukmin lelaki atau perempuan daripada melakukan perkara yang menghancurkan dan menjatuhkan maruah diri.
"Sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat malu, nescaya dia adalah seorang lelaki yang soleh dan sekiranya seorang lelaki memiliki sifat keji, nescaya dia seorang lelaki yang jahat" [Saidatina Aisyah r.a.]
Dalam satu lagi hadis yang lain, Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya bagi setiap agama itu akhlak, dan akhlah Islam adalah malu"
Kedua-dua hadis Rasulullah diatas menerangkan kepentingan sifat malu kepada umat Islam kerana sifat malu merupakan akhlak seseorang Muslim.
Dalam hadis Rasulullah SAW yang lain yang hadisnya bermaksud:
"Sekiranya kamu tidak berasa malu maka buatlah apa yang kamu inginkan"
Hadis ini pula merupakan amaran keras kepada Muslim kerana tanpa sifat malu pasti mereka akan terjebak dengan dosa.
Renungilah makna ayat yang ke-25 daripada surah al-Qasas. Ayat yang menceritakan bagaimana dua orang puteri Nabi Syuib keluar bekerja dengan memberi minum binatang ternakan dan al-Quran menggambarkan salah seorang puteri Nabi Syuib yang memelihara maruah dirinya dengan berbekalkan sifat malu memohon bantuan kepada kaum lelaki iaitu Nabi Musa. Anak Nabi Syuib keluar bekerja dengan memelihara batas-batas agama dan menjadikan malu sebagai perisai dan benteng keimanannya. Dia dikatakan bercakap dengan Nabi Musa sambil menutup mukanya dengan baju dan tangannya.
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: “Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Maka tatkala Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu”. (Al Qasas- 25)
- Sifat malu adalah perisai Mukmin daripada melakukan maksiat.
- Malu adalah akhlak al-Quran yang terpuji.
- Memiliki sifat malu adalah bukti Mukmin yang luhur imannya dan suci.
- Tanpa malu iman seseorang akan rosak.
- Tanpa malu seseorang itu akan jauh daripada Allah.
- Hidup seseorang akan berada dalam kehinaan.
"A woman's best jewellery is her shyness." [Sayyidatina Fatimah az-Zahra r.a]
Senyum.
Labels: muslimah, shyness, sweet notes
new past
