Katty Perry Pergy Holiday.
Sunday, 9 December 2012, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ




dengan berbekalkan high heels yang dibenci (tiada dalam gambarajah), blouse dan slack putih (tiada dalam gambarajah juga) dan tudung hitam campur pink pink sikit, saya yang paling comel dan baik menemani my brade pih poli dengan hati separuh rela dan sekaligus telah berjaya membuatkan saya demam keesokkan harinya. adakah ini cinta? tetiba.

demam melanda, selsema dengan batuk jadi peneman setiaku kala ni. baru harini angkat kaki keluar dari rumah pih hantar abang, dah demam segala macam. hmm. anak manja macam ni memang harus sunat dipijak sampai lunyai. haha tetiba lagi.

wuwuu .. ni dia poligami ehh politeknik.

seperti mana yang parent saya bagitahu kat saya dua minggu lepas atau mungkin tiga minggu lepas, hari ni kita orang satu family akan pih hantar abang saya yang kedua ke politeknik merlimau, melaka, malaysia. walau demam teruk sekalipun, saya gagahkan jugak diri pih ke melaka - bandar bersejarah yang dipenuhi kenderaan pin pon pin pon ohh amat rimas 

*sapu sapu habuk kat baju*

okay sekarang dia baru la layak dipanggil budak poli haha. kalau tak silap, dia ambil course electrical engineering atau dalam bahasa ibunda kita sebut kejuruteraan elektrikal.


dia selalu guna nama N4Z.

bukan N pat Z. NAZ.

dia ni memang manusia yang tak reti guna masa dengan betul tau. hari ni nak pergi bertolak, malam tadi baru dia packing barang. sungguh tak patut dicontohi. heww gila lah. esok nak pergi baru nak packing barang. nasib baik dah tua bangka. kalau tak dah lama saya bagi pelempang terbaik kat dia -.-

kita orang keluar rumah pukul 6 pagi. gila kan? try imagine, pukul berapa saya kena bangun pagi? sumpah ngantuk gila time tuu T_T eshh tak suka betul saya kalau nak pergi keluar jenjalan pagi-pagi. serius saya takde mood pagi tadi. muka masam aje gara-gara tak puas hati sebab kena paksa ikut sekali. 

dah ah kena celikkan mata pagi-pagi buta, kena mandi time air takat beku lagi. silap hari bulan boleh beku mandi pepagi buta. tak patut tak patut.

pakcik saya ikut sekali sebab kita orang pergi sana naik kereta Exora pakcik saya. ohh ya anak lelaki dia pun turun serta dalam rombongan ni. haha. Amyrul Paiz nama dia. serius saya nampak lagi muda dan comel dibandingkan dengan dia walau hakikatnya dia muda setahun dari saya. sekarang budak tu sekolah kat sek. men. pasir gudang 1. 

thiz ain't my brade. thiz iz paizzz. hahazz.

ehh jap jap. ni pekena lak pih cerita pasal dia ni -.- heh. he's not the main character la, syada. wai you talkin' bout him like he's de main character of thiz story hak alah hak alah kbai.

dalam perjalanan pih sana, ada accident lak. entah lori ke trailer yang masuk terjunam. habis penyek penghadang jalan kat situ haha. amende entah. tak tau la hidup ke tak manusianya sebab kita orang kena cepat pih poli. so kita orang tak tengok dengan tekun dan penuh penghayatan ahh. tengok sekali imbas aje. 

kejadian tu sempat dirakam oleh paiz melalui video camera dia. okay i donnow la kalau dia tu ada impian yang tinggi untuk jadi seorang wartawan yang jaya jaya haha. pih mana mana mesti ada video camera dia tu. haha.

mohon jangan tiru adegan ini di rumah kalian. haha

lepastu kita orang singgah jap kat machap, sarapan pagi sebab subuh tadi tak telan apa-apa makanan pun. alaaa tempat kat situ tak best la. banyak lalat terbang-terbang eeee apani apani kalau rama-rama takpe ahh jugak. 

ayah saya makan nasi goreng berlaukkan sotong masak sambal. wuuwuu kat rumah dah selalu masak nasi goreng takkan kat keluar pun makan nasi goreng jugak? haha padahal tak sedap pun makanan kat situ. ehh betul la. pakcik saya pun sokong ayat saya tu tau. muehehe. 

pakcik saya dengan paiz makan roti canai dan dia pun kata roti tu tak sedap okay saya dah tau lama haha. saya tak makan apa-apa sebab tak terasa nak makan. hew tak ada selera kononnya okay mari puih ramai-ramai. haha mende ntah. saya masih mamai kot sebab baru lepas bangun tidur time tu. lol. 

haaa lagi satu. abang saya tu memang spesies manusia yang pelik lagi aneh tahu. okay tak ada lah aneh sangat. cuma ada jugak ea manusia yang sarapan mee sup dengan air red bull ? haha advance punya manusia. abang sapo la tuh. wakaka.

ecehh konon macam candid ah tu. haha

lepas habis makan, kita teruskan perjalanan lagi. haa pastu kan, ada tol tau tapi ntah kat mana tak tau. ehh tol bukan tolol okay. ti.oo.el. tol. haha. habis aje lepasi lalu tol tu tetiba saya yang enak dibuai mimpi ehh mana ada mimpi. saya yang tengah beradu dikejutkan oleh sesuatu sampai terbangun secara mendadak dan itu sangat tak boleh diterima. gila pening terus kepala.

sesuatu tu tak ada la nak sesuatu sangat. just terkejut sebab tetiba dalam kereta tu jadi riuh. hanya kerana pakcik saya tersalah jalan. pakcik saya lalu jalan pih ke keY eLL. saya tak tau apa jadi sebab masih mamai plus pening-pening tebuan. haha

yang saya tau, pakcik saya just reverse aje tanpa rasa ragu-ragu. okay rasanya itu salah la jugak dalam undang-undang jalan raya tapi apa boleh buat an. dah takde kereta kat situ selain kereta pakcik saya so apa salahnya kan kita reverse kan aje hewhew. sekali-sekala bukan selalu haha. 

lepas je reverse, masuk ke jalan raya yang nun kat sebelah sana. ehh paham tak tolong la faham. haha lepastu semua bantai gelak sebab tak ada rasa bersalah pun main reverse reverse cemtu je. okay jangan tiru sikap ini di rumah ya anak-anak. harhar.


tu macam bukan rambut dia tapi baju tu 

memang hak milik dia. haaa.

sampai aje kat poli tu, kita orang disambut mesra oleh akak-akak dan abang-abang poli kat situ. kira dia orang tu senior kat poli la. dari johor ke poli merlimau ni makan masa dalam tiga jam cenggitu. kot la kot. sebab saya bukan manusia yang pakar dalam bidang ni. haha ingat saya ni tak ada keje lain nak buat selain kira waktu-waktu semu ni. weh logik sikit la.

akak-akak kat situ comel-comel gila doh. haha berapa banyak perkataan ntah yang nak diganda-gandakan. mentang-mentang dah lama cuti sekolah, dah fail dah bahasa malaysia. haha tak patut betul. abang-abang kat situ pun hemsem-hemsem jugak. serius boleh melting kalau tengok lama-lama. haha tak ada kerja. mende tah.

mak saya tak habis-habis dengan bebelannya sebab abang saya tu tak pakai neck-tie. mungkin pemakaian neck-tie tu hukumnya wajib kot sebab tu la gila gelabah mak saya bila nampak ramai je budak poli lain yang pakai neck-tie. haha 

abang saya pulak nampak relaks aje dengar mak saya bebel sensorang. saya pun relaks aje la. abang burik adik rintik. wakaka rosak rosak. relaks mungkin sebab dah lali dengar mak saya bebel kot. boleh jadi jugak sebab tu haha.

fuyoo comel gila adik dia. wakaka.

barang-barang abang saya tu kena tinggal kejap kat dalam kereta sebab depa kena pergi register dulu baru boleh masuk bilik. jalan dari tempat parking kereta ke tempat register kat blok V6 tu jauh la jugak. nasib baik rasa sengsara sebab pakai high heels tu tak terasa sangat. hewhew.

kat blok V6 tu dah ramai dah orang yang datang register. ohhh ni yang saya tak suka ni kalau ramai-ramai orang. sesak. rimas. paiz tu pun dah keluarkan dia punya video camera. haaa nampaknya dah tiba masanya untuk pakcik ni rakamkan segala situasi kat situ. haha. 

student lelaki dengan perempuan dipisahkan time register. lelaki kat blok V6, perempuan pulak tak tau kat mana. yang pasti, tempat register lelaki dengan perempuan boleh tahan jauh jugak. that's better than kena campur-campur, kan? haha macam makanan pulak campur-campur.


sometimes, ragu-ragu dengan umur 

sebenar dia ni. haha

wuwuu ramainya budak poli yang hemsem-hemsem kat situ haha. wuwuu tu macam jakun tu weh tolonglah faham. nada saya kalian kena ketchup (catch up) like seriusli kena sebab kalau tak kalian takkan faham apa yang saya cakap. 

dan... terserlah yang abang saya tu orangnya kecik kalau nak dibandingkan dengan budak-budak poli yang baru kat situ. muehehe. ramai kot yang tinggi lampai dah macam bapak anak dah. muka dah hemsem, tinggi pulak tu. cukup pakej. boleh tergugat iman makcik-makcik yang ada anak dara hakhak kbai.


omaigadd serius background dia teramat 

ohsemmm ! haha

lepas habis aje dia register, dia sama ayah saya sama paman saya sama itu paiz pih balik semula ke parking kereta untuk ambil harta-harta yang telah dibawa abang saya tu.  saya dengan mak saya tak join sekali sebab saya rasa empat orang lelaki tu dah cukup gagah dan memadai untuk tolong apa-apa yang patut.

tunggu punya tunggu, ehh tak sampai-sampai pulak dia orang berempat tu. entah hapa la yang dia orang buat kat sana tuu sampai tak reti-reti nak balik ke blok V6 ni. nak kata tersesat rasa macam tak berapa laa nak logik memandangkan jalan dari parking kereta ke blok V6 ni jalannya lurus. lagipun ramai laa manusia yang lalu-lalang kat situ.

lama tunggu, muncul jugak batang hidung dia orang. akhirnya.. akhirnya.. haha. tanpa bazirkan masa yang dah banyak dibazirkan tadi, dengan kelajuan 1 000 meter per saat, kita orang pih ke bilik yang bakal diduduki abang saya selama 3 tahun tu berpandukan alamat yang tertera kat kunci bilik dia. 

bangunan ni kat celah mana entah. haha

bilik dia ada kat aras 2 je nasib baik bukan kat aras yang tinggi. kalau tak, mau saya campak high heels saya tu ke bawah haha. nampaknya pun paiz dah bersedia dengan camera video dia tu. haha buka aje pintu, mata semua nampak kat katil single-size. 

macam gini ah bilik dia. tapi ni bukan bilik dia.
ni uncle google punya pitcha. dah diam.

hmm tak ada lah besar mana pun *jeling*

haha nampak tak betapa sinisnya ayat atas tu. tapi betul la tak besar mana pun tapi boleh la muat untuk dua manusia kat dalamnya. apa hangpa ingat bilik dia tu sama besaq macam banglo lima tingkat siap swimming pool apa? haha boleh bankrap pemilik poli ni kalau gitu lagunya.

kat dalam bilik tu cuma ada dua katil siap dua tilam bercorak peta dunia dengan dua bantal, dua almari yang tunggu masa nak roboh, dua meja study siap dua kerusi palstik, lampu, kipas, tingkap berjeriji siap dengan langsir warna hijau. 

simple but okay la untuk manusia macam dia *jari tunjuk abang* tak payah nak berhias sangat la kan nama pun lelaki. bujang laa kononnya ececehh. haha

so, abang saya pun kemas laa harta-harta dia masuk dalam almari apa tu semua. mak saya pun tolong apa-apa yang patut. pasangkan cadar kat tilam dengan bantal la sapu itu sapu ini. fuhh tak sangka, anak mak betul. wakaka.

siap je bereskan barang dia, ibu ibu bapa bapa semuanya wajib harus sunat pih ke dewan platinum entah kat area mana untuk dengar sepatah dua kata dari pihak poli sikit sebanyak pasal poli tu. 


lama gila nak pih ke dewan platinum tu. macam

nak lunyai kaki jalan dgn high heels dibenci.



ni ah dia dewan platinum. besar yang amat dewan dia.
satu kampung muat kat dalam tu.

hmm sebenarnya saya rasa bukan sepatah dua kata la, tapi dah tahap berpatah-patah dah sampai naik lenguh tengkuk saya ni akibat tersengguk-sengguk sampai cecah dada dengar beliauuu bercerita hikayat beliauuu tu. satu jam duduk kat kerusi memang sangat heaven gituh.


ramai gila manusia kat dalam dewan ni. 

ada tiga screen kat depan tu.

pong pang pong pang, akhirnya dah tiba masa untuk budak-budak poli dipisahkan dengan ibu bapa ayah emak umi abi father mother mereka. haha time sesi salam-salaman tu, saya cover selamba aje. ohh sudah pasti la kan. tak mau ahh gaya touching touching eee hidup harus rock okayy. haha.

sayu-sayu aje tinggalkan poli merlimau ni. haha
(serius tak boleh blah ayat)

so kesimpulannya,


saya amat yakin yang adik dia ni sangat comel. wakaka


kbai. assalamualaikum !

p to the s : perasan tak kat tajuk atas ni ada huruf Y kat setiap akhir perkataan?


Labels: ,


new past