Umar al-Khattab ❤
Tuesday, 13 November 2012, ϟ
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Pitcha Source : Uncle Google


Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW berkumpul dengan para sahabatnya. Baginda berkata pada Umar al-Khattab.

"Cuba ceritakan kepadaku yang boleh membuatkan aku tertawa dan juga membuatkan aku menangis."

Maka Umar al-Khattab pun bercerita. "Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala daripada manisan. Lalu aku pun menyembah patung itu."

"Setelah menyembah berhala itu, aku berasa lapar lalu pergi ke dapur tetapi tak kudapatkan walau sedikit pun makanan. Kemudian aku kembali ke tempat penyembahanku. Ketika itu tak ada makanan selain tuhan sembahanku itu. Akhirnya, dengan rasa sesal aku pun memakan tuhan yang ku sembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut mulai dari bahagian kepalanya, kemudian tangannya, badannya hingga habis tak tersisa lagi."

Mendengarkan cerita Umar al-Khattab itu, Rasulullah tertawa sehingga menampakkan gigi grahamnya. Kemudian, Baginda pun bertanya.

"Di mana akalmu waktu itu?"

Umar al-Khattab menjawab, "Akalku memang pintar namun sembahan itu yang menyesatkan daku."

"Ceritakan pula kepadaku perkara yang boleh membuatkan aku menangis." Pinta Rasulullah kemudian.

Umar al-Khattab pun bercerita. "Dahulu aku ada seorang anak gadis, aku mengajak anak tersebut ke suatu tempat. Tiba di tempat yang ditujui, aku mula menggali sebuh lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak gadisku membersihkannya."

"Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburinya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku melempar anak gadisku ke dalam lubang itu. Dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan bapanya sendiri dari bawah lubang."

Mendengar cerita itu, menitis air mata Rasulullah SAW.

Cerita di atas ni adalah cerita Umar al-Khattab sebelum zaman keislamannya. Selepas memeluk Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah yang dimuliakan Allah kerana perjuangannya dalam menengakkan Islam serta dijamin masuk syurga.

Sekarang tengok diri kita.

Adakah kita seorang pelaku dosa? Pada masa yang sama, tanya pada diri kita lagi. "Adakah diri kita masih bernyawa?" Kalau jawapannya ya, jangan disia-siakan nyawa tersebut. Gunakan la untuk bertaubat.

Sedangkan Umar al-Khattab yang dahulunya menyembah berhala pun boleh masuk syurga setelah bertaubat. Jangan give up dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah SWT sangat menyayangi diri kita semua
Allahurabbi. okay bye, Assalamualaikum :)

sekian,
wassalam.

Labels: ,


new past