Love ❤
Tuesday, 6 November 2012, ϟ


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Pitcha Source : Uncle Google


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Islam menganjurkan lelaki dan perempuan bertaaruf. apa tu bertaaruf? bertaaruf tu, berkenal-kenalan. so Islam menganjurkan lelaki dan perempuan berkenal-kenalan dahulu sebelum mengikat pertunangan. cara bertaaruf itu adalah menjaga adab dan syariat. pasangan tak boleh berdua-duaan tapi ditemani oleh orang tengah ataupun mak ayah sendiri. bercinta pulak kena ada tujuan/matlamat/motif. ni saya nak tanya sikit, apa tujuan sebenar cinta monyet? sekadar suka-suka atau sesaja mencari pengalaman? kalau betul cenggitu, bukan ke tu alasan-alasan yang menyedihkan? ish.. ish.. ish...



bercinta tu adalah berkasih sayang. boleh ke kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing kalau kita belum dapat menyayangi ahli keluarga sendiri? so, kita kena berkasih sayang dengan orang luar sama macam berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri. faham tak?



tapi betul ke perkara ni betul-betul berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta? bagi saya lah kan, nak memahami istilah cinta, saya kena faham erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah swt dan RasulNya. tu pendapat saya okay.


saya kena menguasai erti cinta ni sebelum mencintai seseorang yang asing; lelaki dalam hidup seorang perempuan. terlalu teoritikal? pandai-pandailah cari cara nak amalinya. cinta tu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. cinta tu memberi tanpa mengharap balasan.

perempuan yang dah berusia dua puluhan tapi masih belum berpunya atau tak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. kata-kata seperti, "jangan jual mahal nanti tak laku" dan sebagainya dilontarkan kepada tuan punya badan.

persoalannya, betul ke seseorang yang tak ber'boyfriend' tu perlu dikategorikan sebagai jual mahal atau terlalu memilih? atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat sebab tak setuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan? atau mungkin tuan punya badan memang memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

isu yang berat untuk difikirkan bersama. di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

takkan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main kalau sebesar ni ganjaran yang dijanjikan Allah swt. kan kann? sila angguk.

entry ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak dua tahun lepas. mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya. okay bye. assalamualaikum :)

sekian,
wassalam.

Labels: ,


new past