❣ Selamat Hari Lahir, Muhammad Nizam ❣
Saturday, 6 October 2012, ϟ


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Assalamualaikum. kum apa kombat. bat apa batman. man apa mentol. tol apa tolak. lak apa laksa. sa apa satu. tu apa tunang. nang apa nangka. ka apa kapak. pak apa pak munawer apa pergi mati dah takde idea.

bagi salam je dah satu hal panjang. eh suka hati ana.


tengah perah otak nak siapkan homework tetiba ana terfikirkan sesuatu yang akhirnya menyebabkan homework ana terbengkalai. lihat, begitu besar impaknya pada diri ana. ana sebenarnya terfikir, betul ke cuma kaum hawa je yang cerewet? tak ke kaum adam pun cerewet jugak? mungkin soalan ni akan membuatkan segelintir kaum adam jadi berang kerana ana labelkan mereka orang yang cerewet. takdelah, ana rasa betullah kot apa yang ana kata tu, ni salah satu contohnya; hadiah sempena ulang tahun. 

ana dapat contoh ni pun sebab petang tadi ana baru aje bagi hadiah kat kawan ana sempena hari jadi dia harini. ehh esok sebenarnya. kira sikit lagi nak masuk 6 oktober lah kan, dah pukul 11 setengah malam dah pun. nama dia nizam tapi ana selamba je panggil dia nijam. sebutan nama tu semacam dah serasi pulak dengan lidah ana. so ana panggil jelah dia nijam lagipun dia tak kesah. okay, tipu je.

cuba kalian bayangkan, dah lapan bulan lamanya ana fikirkan benda apa yang sesuai nak dijadikan hadiah untuk diberikan kepada nijam tapi semua benda tu macam tak diterima dek akal kewarasan ana.

baca apa lagi tu? kan ana suruh bayangkan. tutuplah mata kalian semua tu. sambil dua-dua tangan pegang kiri dan kanan bahagian kepala. tambahkan kerutan dahi untuk kesan yang lebih meyakinkan.

hah nampak? nampak tak betapa susahnya nak bagi present pada orang yang berjantina lelaki ni. kalau perempuan, senang je. bagilah diorang teddy bear ke coklat cadburry kepe nescaya senyumlah diorang sampai ke telinga. betul tak? betul kan kann? cepat angguk kaum hawa.

tapi bukan soal tu yang membuatkan ana update blog sekarang. ana update cuma nak wish pada si birthday boy je, nijam. ehh tolong berhenti buat spekulasi sendiri bahawa si nijam ni boipreng ana. ohh tidak tidak. tidak sama sekali. dia tu cuma.... cuma............... manusia. okay dah diam kalian.

memandangkan harini hari jadi dia so ana dengan tidak malunya nak ucapkan selamat hari jadi pada dia walaupun kali ni dah masuk kali yang keenam ana ucapkan. hey sukalah nak ucap berapa banyak kali bukannya kena keluarkan duit beratus-ratus ringgit pun.

agak gugup nak wish pada dia untuk kali keenam ni walaupun bukan kena bersuara manja sambil bertentang mata dengan dia. ha ha ha okay poyo sikit je. 

orang kata, buat apa dicerita bahagia kita rasa. ana kata, kesah pulak ana. ana bahagia hidup dengan nijam. eh? haha nijam nijam nijam (nada sul sul sul) kalau ikut calendar masihi, esok birthday nijam walaupun ada tinggal 15 minit nak masuk hari esok. jadi taksalah rasanya nak buat entri busuk sikit untuk nijam. jarang jarang ya jarang jarang.

ehem ehem.

walaupun ana tidak sepenting Najihah BadrulHisham yang comel kurang sikit dari ana, walaupun ana tidak setinggi nijam sendiri, walaupun ana lagi comel dari nijam *angguk-angguk*, walaupun ana tua lapan bulan dari nijam tapi nampak muda. ana tetap nak dedikasikan entri ni untuk nijam sebab ana sweet sangat. faham tak. nampak permainan dia?

(bercakap dengan lelaki kacak kena bajet comel yakni ana-nijam harus jikalau sayang-sayangan nanti telegram bunuh sampai ke rumah)

okay dah pukul 12 pagi dah.

happy birthday to youu... happy birthday to youu.... happy birthday to nijaaaaammm..... happy birthday to youu muehehehe sedap lagi kalau nak banding dengan nyanyi live. haha

puas ana bayangkan jika lagu birthday macam lagu hurt - christina akurela.

seperti yang telah disebut. esok hari ulang tahun Nijam. tak sangka nijam dah 14 tahun. ana lagi tak sangka ana ni telah lama 14 tahun nak masuk 15 dah. sumpah tak sangka.

masa beredar sepantas kentut berlepas dari arena punggung yang sempit dan sendat. ehem. (kadang-kadang ayat ana, ana sendiri tidak faham ana macam what are you talking about tapi ana tahu apa yang ana mahu sampaikan)

*tarik nafas* *hembus* saya, penyimpan mohor besar raja raja sultan sultan tengku puteri megat tun wan ungku nur nurul syuhadah, mengisytiharkan. pam peram pamm..

zam zam zam,
Selamat Ulang Tahun yang ke 14 Muhd Nizam! may Allah bless you in your every single breath. sayang zam! xx 


semoga panjang umur dan murah rezeki.
semoga sentiasa cemerlang dalam pelajaran.
semoga bahagia disamping Najihah tersayang.
semoga tidak lupa family dan kawan kawan dan favourite girl.
semoga tidak tinggi lagi dah, nanti sakit kepala ana nak dongak-dongak.
semoga comel sampai bila bila tapi jangan comel sangat nanti jiha cair.
semoga tak lupa ana yang selalu muda dan comel aumm aumm ni.
semoga terhapus segala dosa dosa kecilmu yang lalu.
semoga doakan ana sentiasa comel. haha
semoga ikhlas doakan pasal comel tu.
semoga tersenyum kambeng sekarang :p

muka nijam dari dulu sampai sekarang sama je
yang berubah cuma muncung dia. haha jk :p


tiada apa yang dapat ana berikan. maka sudilah nijam terima gambar nijam sebesar alam dalam blog ana. sebenarnya ana nak upload gambar nijam yang sempat ana tangkap kat sekolah hari anugerah cemerlang dulu tapi disebabkan ada masalah teknikal, ana upload yang ini ajelahh. comel apa gambar yang ni. cair najihah tengok.



juga tiada barang berharga yang dapat ana pos kan. tiada video petikan gitar yang dapat ana mainkan. ini kerana tahap kesabaran ana semakin menipis tatkala menunggu video tu di-upload. rasa seperti mahu melantak enam mangkuk sup daging sekaligus. ehh jangan fikir ana tidak reti petik-petik gitar.

cuma satu, ingat daku dalam doamu. *lambai lambai tangan macam kucing emas dekat toko runcit kebanyakan*

ana tahu nijam suka gila dekat reef dan mungkin nijam mengharapkan ada seorang awek cun kasi hadiah selipar reef sempena ulang tahun nijam ni. ana.. ana.. ada juga terlintas kat kepala nak bagi reef tanda hadiah hari jadi. ana boleh minta tolong abang ana belikan sebenarnya. 

tapi.. ana takut nanti kena soal oleh abang macam polis pencen tak bertauliah. kenapa nak beli reef tu buat apa dengan reef tu siapa nak pakai reef tu blablabla. ohh tu okay lagi. ana boleh goreng macam-macam. cuma.. yang ana takutkan soalan yang meluncur keluar dari mulut dia berbunyi begini; kau nak bagi boyfriend kau ea. 

ya. soalan minta batu nisan. tu yang ana tak tahu nak goreng apa sebabnya seingat ana tak pernah seumur hidup ana berikan hadiah untuk kawan lelaki. sila menangis terharu sekarang sebab nijam orang pertama yang ana bagi hadiah untuk kawan lelaki.

ana memang suka dera emosi nijam.

tengok ana lagi comel dari nijam
walaupun pakai pijama je. haha :p

semoga impian yang nijam inginkan dapat digapai. kelebihannya nijam tinggi. mudahlah nijam nak gapai. dan semoga hidup nijam akan lebih gembira dan banyak senyum dari sedih ya sahabat dan semoga sukses selalu dan semoga semua semoga yang ana cakap ni menjadi. insyaAllah.

btw ini entri sepantas halilintar ana pernah buat setelah twitter ana membantu mengingatkan birthday nijam. gilalah.

"6 Oktober sentiasa di ingatan ana walaupun 18 Februari tidak pernah disimpan di dalam lipatan ingatan nijam"



Yang sentiasa muda dan comel,
          SyuhadahSahini

Labels: ,


new past