♥ Hala Tuju.
Sunday, 27 January 2013, ϟ
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Satu detik. Satu makna. Satu sinar. Hala tuju.
Dia mendongak ke atas melihat nama kedai. Pustaka Arris.
Kaki melangkah masuk ke dalam. Tidak ramai yang berada di situ. Sunyi.
Sedang dia leka memerhati pelbagai jenis buku yang tersusun rapi di rak ..
BUK!
Gosh. Dipejam celik matanya beberapa kali. Weng berbinar mata berdengung telinga dibuatnya.
Tangan kanan meraba kepala yang terasa berdenyut.
"Err.. sorry. Awak okay?"
Tiada balasan.
Kepala masih terasa sengal. Dia cuba bangun perlahan-lahan sambil tangan memegang rak buku bagi menyokong kestabilan badan.
"Okay tak ni?" suara tu concern berbunga cuak.
"Okey." Tanpa nada. Mata langsung tidak menyapa wajah tu.
Tangan menepuk-nepuk Cardigan hitam.
"Uhh .. sorry. Tak sengaja"
Kelihatan lelaki itu menggaru belakang kepala yang tak gatal dengan sengih serba salah.
Apologizing gesture.
"Happens all the time."
Payah dia ukir senyuman. Ternyata sumbing.
Penat memang boleh buat orang hilang perasaan.
Langkahnya dipecut ke arah rak 'Philosophy and Religion'. Meninggalkan terus lelaki itu di belakang.
Tangannya mencapai buku The Moral Maze - Crook, David. Lama buku itu dibelek. Sounds interesting yea ..
Apabila dilihat lelaki itu sudah pun keluar dari kedai tu, dia membawa langkahnya ke arah rak
yang menempatkan pelbagai jenis novel. Misi mencari bermula ...
Setelah berjam-jam di situ, akhirnya dia berpuas hati dengan buku-buku di tangan.
Velvet in Durham. Stars to Heaven. Perempuan Lindungan Kaabah.
Dia menuju ke kaunter. Tangan kiri menyeluk poket cardigan hitam yang labuh paras lutut.
Sekeping kad dikeluarkan lalu diberikan kepada cashier.
"100 ringgit." Cashier itu melemparkan senyuman.
Lantas tangannya menyeluk beg sandangnya, mengeluarkan sekeping not 100 ringgit Malaysia.
"Ni." Not dihulurkan.
Dia keluar dari kedai itu dengan seribu satu perasaan. Credo Ergo Possum! dan langkah diteruskan ...
Dia itu Perempuan.
Perempuan itu Syuhadah.
"The search after truth being the aim which I propose to myself, I ought in the first place to ascertain what are the bases of certitude." - al-Munqidh min al-Dalal, Imam al-Ghazali
People change, so I do. Mengubah haluan hidup dengan pusingan arah 180 darjah.
Bukan mudah. May Allah bless.
Labels: new life
new past

