❤ Saengil Chukha Hamnida, Syasya Idris ❤
Thursday, 15 November 2012, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



alip ba ta pak aji mata buta nak kira anak dara tercium bontot unta. 

okay tak kelakar. 

Assalamualaikum hadirin hadirat sekalian, seluruh orang kaya yang membaca. amin ya amin. kayalah kita semua hendaknya. amin ya amin. janganlah jadi hipokrit ya kita semua kata taknak kaya takut harta kena rompaklah hape padahal memang siap masuk skim cepat kaya. amin ya amin. sudah sudah lah cakap takde motif. amin ya amin. moga hari ini lebih baik dari semalam ya. amin ya amin.

saya tak main politik. kayy tetiba. 

yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat yang rapat mari lekat. panggg sebutir. 

*tarik nafas*

*lepas*

Ke tepiiiiiiiiii~ Ke tepiiii~ *rempuh dengan gaya pemain rugby. Hohohoho.

sehingga ke hari ini. dan mungkin selamanya. saya akan persetankan ayat "follow me back" dan berharap kalian akan mengerti. follower sedikit serius tak bagi efek kat kalian. mahupun yang lain. jangan berfikir kalau follower sikit, hidup kalian merana habis porak peranda. apa semua ni. kbai.

bukan tu saya nak cerita.

saya memutuskan untuk update hari ini kerana hari esok bakal ada cerita baru yang mungkin kamu kamu kamu tak patut baca. atau memang tidak teringin nak baca. kira nafsu berahi tidak mencapai walau sebesar zarah. k faham.

Saya nak letak tajuk jiwang. Tapi karang muntah si Chaa nanti, naya aje!

Nursyasyahirah binti Idris. tak kenal maka tak cinta. dah kenal kan weh haram sawan. hahaha *tetiba gelak* dahulu memanglah saya taktahu eh apa tu syasya? siapa dia? dia dah kenapa tetibe muncul? (hi chaa me love you k).

kesudahannya, saya tahu siapa dia, dia apa, dia kenapa semua saya macam teruja tak tentu pasal. tetibe rasa hebat pula dah tahu. haha ni macam tetiba yang lagi dan lagi.

saya kecil molek namun saya tak 
selemah yang disangka k. penumbuk nak? 
haa nampak.

Chaa ialah seorang perempuan dan itu amat infinity kepastiannya. merangkap girlfriend Fulkrum-wanna-be. korang kan memang sweet doh. untunglah.. haha k macam serius membebel takda motif.

Syasya atau nama aliennya chaa, seorang yang cantik, tak tinggi sangat, bijak, kurus sikit kalau dibandingkan masa zaman jahiliah dia. haha dan saya amat sayang dia. dialah sahabat sejati saya dunia akhirat.

Kita orang berdua berbeza. Chaa tinggi banyak, saya tinggi sikit. Chaa cantik, saya tak tapi comel. Chaa pandai, saya biasa-biasa jeh. Chaa ada buah hati, saya ada buah epal kat fridge. Chaa ada 'Fulkrum', saya tak ada (tsk).

Saya yang terlebih emo, dan chaa si penyejuk hati. Saya yang kuat merajuk, dan chaa yang pandai memujuk.

Kita orang ada banyak perbezaan. Tapi perbezaan tu semua yang membuatkan kita orang rapat, akrab, blablabla. Haha

She's the only one who keeps my secret and so do I :)

boleh pandang-pandang, jangan ngorat-ngorat. 

kitaorang kenal masa tingkatan satu. masa tu se-selenga umat lah kitaorang. serius. macam ya ampun selebetnya lah legam dah jadah apa entah. masa tu masing masing macam, "mekap? euuwww!"

sekarang tak lagi. 'euww' bukan lagi benda yang diucap-ucap lagi tika dan abad ini. haha dah besar kot. memang ah tak besar mana tapi helo tahun depan dah 15. yes. sikitttttt je lagi nak kahwin. tak percaya tengok ah. haha out of topic k diam lah.

ehem.

pada pagi yang mulia serta penuh barakah, saya duduk di kerusi kulit ini untuk membuat satu pengumuman.

eh kejap kejap.

ambil songkok. Pakai dengan gaya senget sikit. *Tingg tingg* (bunyi dentingan jarum jam menandakan dah pukul 12)

Anak bulan telah pun kelihatan. Bahawasanya saya dengan kuasa mutlak sebagai seorang menteri pendidikan, ingin mengumumkan hari ini adalah hari jadi Nursyasyahirah binti Idris. Maka marilah kita menari gembira macam pocoyo.

Cut!

Chaa, sesungguhnya patik di sini amat merindui dan mendambakan untuk bertemu dengan kamu. Dan ... dan ... krik2. hahahaha tak ada idea nak type apa. Chaa sumpah seranah apa dekat chik sampai boleh lupa ni woi. hahaha.

Chaa, chik nak wish nihh tataplah skrin ni sampai melekat muka tu. Baca kay baca. Sediakan tisu gulung dekat sisi awak tu mana tahu terharu hahaha ehem.

selamat hari jadi selamat hari jadi selamat hari jadi Syasya Idris selamat hari jadi (rap). Yeay! Selamat Menyambut Hari Ketuaan. Untunglah dah tua. Nanti jangan lupa beli SK II takpun L'OREAL untuk hilangkan kedutan halimunan dekat tepi mata chaa tu dan dekat dahi tu. Hihihi guraulah.

Macam biasalah ayat cliche. Baca dengan nada mendatar dan dengan sekali nafas.

Semoga dimurahkan rejeki dari Allah SWT dan mendapat keberkatan hidup dariNya semoga sukses selalu dalam belajar semoga dimantapkan lagi iman di dada semoga dikurniakan hati yang lebih kuat dan kental dalam meniti hidup yang penuh pancaroba, ewah ayat semoga sentiasa gembira disamping orang tersayang semoga kekal dengan Fulkrum semoga kita dapat ketemu lagi pasni semoga dapat hadiah dari chik yang amat comel tu semoga chik rajin belikan hadiah untuk chaa semoga chaa beli hadiah untuk chik juga semoga chik makin bertambah comel. Eh?


secara jujur, dialah Chaa Idris yang saya paling rapat 

Chik tak sabar nak jumpa korang semua :) I really miss you girl. Jumpa nanti habislah chik peluk chaa sampai lemas. Kihkih.

Doakan chik sejahtera ya. Chik pun akan doakan chaa hal yang sama. What you give you get back katengko. hehehehehehe.

Dengan ini, chik nak sedekahkan Al-Fatihah untuk kesejahteraan chaa dan kalian yang sedang membaca post entry ni. Semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan dan kasih Allah SWT. Amin.

Chaa, 

Wo xiang nian ni

I bet you will grin from ear to ear if you know what I mean :p

p to the s : Line broadband ni sesungguhnya membuatkan jiwaku kacau. Ter-upload gambar bebanyak ._______.


Again, Happy 14th Birthday
NURSYASYAHIRAH IDRIS

Labels: ,


new past