Mencari.
Friday, 31 August 2012, ϟ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Pitcha Source : Uncle Google


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. 
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

memandangkan saya masih dengan gelaran budak sekolah, so saya nak kongsikan tips-tips belajar; cara nak dapatkan keberkatan bila kita belajar. semua tau kan apa tu berkat? sesuatu yang tak boleh dilihat, tapi dengan berkat tu, kita boleh berasa tenang dan bahagia walaupun separuh dunia berada di bahu kita.


☁ Nawaitu

sebelum kita belajar, niat bahawa "aku belajar ni kerana Allah S.W.T." setiap kali nak keluar rumah, nak pergi sekolah tu, ingatkan diri, "aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T." banyak kelebihan tau bagi orang yang menuntut ilmu ni.

jangan rasa stress kalau kelas start pukul lapan pagi dan habis dalam pukul lima petang (macam budak sekolah rendah pg2 yang nak ambik UPSR tahun ni). tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. jadi, kita tak akan rasa stress kalau kelas tu tersangatlah lama.

☁ Disiplinkan diri kita supaya baca al-Quran sebelum belajar

setiap kali nak study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum start waktu study tu. jadi, kita takkan tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. ustazah ada cerita satu kisah yang sangat-sangat-sangat memberi inspirasi.

ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun dah lebih dua tahun dia meninggal dunia. ramai yang pelik, heran sebab budak itu masih kecil. jadi, ada orang yang pergi jumpa kedua-dua ibu bapa budak tu dan bertanya, "apakah amalan budak perempuan ni."

ibunya menjawab, "saya tak tau apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? 

"Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan."


☁ Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

bila kita rasa tertekan sebab dah banyak kali baca topik tersebut, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita give up dan terus tutup buku. dan yang lebih bahaya, mind set akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. akhirnya, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya jadi kelam-kabut bila tiba hari peperiksaan.

jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. bila ada something yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat. kalau kita jadi macam ni, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

☁ Utamakan seruan Allah S.W.T.

part ni paling penting! bila tengah khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah S.W.T. tak lama pun solat ni. jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar.

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya." - Imam Ghazali


so, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, kita kena mind set, "kalau aku nak dijemput Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain." mana kita tau kan, kita lagi rasa senang bila belajar lepas selesai solat tu. nilah namanya berkat, apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

☁ Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

berdoa. mohon pada Allah S.W.T supaya diberi kekuatan dalam menuntut ilmu. bila kita ada wudhuk ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, kalau tiba-tiba azan. kita tak tahu dengan wudhuk tu, kita belajar lebih berkat.

so kesimpulannya, selamat beramal. try lah praktis tips belajar ni, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar je, tapi kita nak jugak keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

jadilah macam Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk kat medan perang dan sibuk mentadbir negara. mereka lagi sibuk daripada kita, tapi ada je waktu untuk bangun tahajjud dan baca al-Quran.

buat pemburu dunia, jangan pulak kita bagi alasan, "mereka tak sama macam kita, Iman mereka mantap sebab Rasulullah S.A.W ada kat sisi. Kita tak sehebat mereka." andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

okay, tu je laa tips-tips nya. amalkanlah ye. InsyaAllah kita semua akan dapat keberkatan dalam menimba ilmu. okay bye. assalamualaikum :)

sekian,
wassalam.

Labels: ,


new past